Monday, October 3, 2011

Bank kecil di bumi Rusia


Minggu lepas Naufal,Arif,Kash dan Luqman hendak menukar traveler's cheque di sebuah bank di russia.Proses penukaran cek mengambil masa yang agak lama,jadi mereka sempat memerhatikan gelagat warga Russia di bank tersebut. Ketika sedang menunggu proses penyemakan status cek dan sebagainya,datang seorang wanita tua yang baru tiba di bank tersebut ke tengah-tengah bank lalu tiba-tiba menjerit "kto posledni?" (siapa yang akhir?)


Tiba-tiba seorang lelaki russia bingkas bangun dari kerusinya lalu menjerit "ya posledni" (saya yang akhir). Dan situasi ini berulang setiap kali tibanya pengguna bank yang baru masuk ke dalam bank itu.
Kemudian barulah mereka sedar bahawa bank tersebut tiada sistem nombor giliran elektronik seperti bank-bank di Malaysia.Pengguna bank hanya bertanya kepada pengguna lain untuk mengetahui status giliran masing-masing.Pada mulanya agak lucu juga keadaan di bank itu,namun setelah terlalu kerap pengguna yang menjerit seperti itu,suasana lucu sudah hilang.

Urusan di bank itu dilihat teratur dan pengguna bank tidak berebut-rebut walaupun tiada sistem nombor giliran elektronik.Demikianlah keadaan anak muda Malaysia yang masih "culture shock" dengan budaya rusia..wallahualam.

No comments:

Post a Comment