Friday, October 14, 2011

Kalau awak tak suka teh ais,MEMANG SILAP LA..





Ketika di zaman sekolahnya,Naufal adalah seorang penggemar teh ais tegar.Setiap hari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah,beliau akan singgah di mana-mana warung atau restoran bagi mendapatkan teh ais beliau.

Antara port yg sering dikunjungi adalah warung Mee Rebus Tahir yang terletak bersebelahan dengan masjid jamek teluk air tawar. Mee rebus di warung itu mmg best dan berperisa.Menurut Pak Tahir(tauke),warungnya menggunakan resepi turun-temurun yg diwarisi daripada keluarganya.Namun Naufal suka membeli teh ais di warung tersebut kerana pekerja-pekerja di situ yg ramah-tamah.Teh ais mereka juga lazat dan lain daripada restoran lain.

Disebabkan hampir setiap hari Naufal yang masih beruniform sekolah(dalam perjalanan pulang dari sekolah) akan ke warung tersebut untuk membeli teh ais,maka pekerja warung tersebut telah pun kenal beliau.Yang menariknya,apabila Naufal sampai sahaja di warung itu,belum pun sempat beliau mahu order,teh ais beliau sudah pun siap.Dan harga yg ditawarkan juga adalah amat berpatutan iaitu RM1 sahaja untuk teh ais bungkus ikat tepi,walaupun jelas terpapar di papan harga teh ais bungkus berharga rm 1.50.Pernah sekali Naufal membayar RM1.50,namun diberikan semula 50sen beliau,"takpa-takpa,hang punya teh aih seringgit ja kami ambik.Hat lebih tu kira halal ja,hang pun duk mengaji sekolah lagi.." kata Pak Tahir.


Demikianlah bagaimana Allah memurahkan rezeki hamba-hambaNya..
Wallahua'lam.

5 comments: