Thursday, October 20, 2011

Akademi Al-Quran..






Seperti biasa Naufal dan adiknya akan ke rumah jiran mereka untuk belajar mengaji Al-Quran.Guru Al-Quran mereka,Tok Om(bukan nama sebenar) adalah seorang guru Al-Quran yang sangat tegas.

Ketika Naufal dan adiknya mula-mula datang mengaji dengan beliau pada sekitar tahun 1999,penat juga mereka cuba untuk membiasakan diri dengan kaedah pengajaran beliau.Kaedah pendekatan beliau adalah "paksa-boleh" di mana Naufal dan adiknya perlu membaca Al-Quran sambil diteliti oleh beliau. Jika terdapat kesalahan sama ada dari segi bacaan,sebutan mahu pun kelancaran membaca Al-Quran,beliau akan membetulkan mereka dan menyuruh mereka mengulangi semula ayat yang dibaca dari mula.

Yang menariknya,Naufal dan adiknya perlu membaca Al-quran sambil diteliti oleh beliau sehingga beliau penat. Selagi beliau tidak penat,maka selagi itulah mereka perlu terus membaca Al-Quran dan tidak dibenarkan pulang.Oleh yang demikian,setiap hari Naufal dan adiknya sekurang-kurangnya akan menghabiskan 6-7 helai kitab suci Al-Quran.Ini amat meletihkan terutama bagi kanak-kanak yang kecil seperti mereka.Oleh itu,Naufal dan adiknya telah menukar strategi kepada "pergi lewat" iaitu pergi mengaji dengan beliau pada waktu petang.Pada waktu petang beliau sudah sedikit keletihan kerana mengajar murid-muridnya yang lain mengaji pada waktu pagi dan tengah hari.Namun begitu,strategi mereka seringkali gagal kerana beliau tidak pun penat malah makin bersemangat pula mengajar Al-Quran pada waktu petang.Walaubagaimanapun,kaedah "paksa-boleh" beliau amat berkesan menyebabkan Naufal dan adiknya cepat fasih membaca Al-Quran.

Menurut Tok Om,beliau sudah lebih 50 tahun berpengalaman mengajar membaca Al-Quran.Beliau juga adalah antara pakar dalam bertaranum.Beliau sering dikunjungi bekas-bekas murid Al-Qurannya.Mereka sering berlatih bertaranum dengan beliau sebelum memasuki mana-mana pertandingan tilawah Al-Quran.

Beliau yang telah berumur lewat 70an (tahun 1999) dilihat masih lagi kuat dan kelihatan seperti baru berusia 50-an sahaja.Demikianlah bagaimana Allah memelihara dan menyinari hamba-hambaNya yang sering membaca,mengajar dan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran. Wallahua'lam..

3 comments: