Thursday, October 27, 2011

Kucing dan kita





Naufal adalah seorang peminat kucing.Oleh itu,beliau ada membela beberapa ekor kucing.Naufal suka akan kucing kerana kucing sangat comel.Nabi Muhammad SAW juga ada membela kucing.Malah,nabi Muhammad SAW pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Antara kucing yang paling diingati adalah seekor kucing berwarna orange putih yang diberi nama Bao Cheng.Nama Bao Cheng diberi oleh Naufal berdasarkan dari filem tentang Bao Zheng,seorang hakim yang bijaksana dan terkenal di negeri china suatu ketika dahulu.Bao Cheng adalah seekor kucing yang sangat bijak.Beliau akan mengiau-ngiau pada waktu subuh untuk mengejutkan tuannya bangun dari tidur hampir setiap hari.Beliau juga pantang nampak tikus,lipas dan cicak,jika dinampaknya,pasti dikejar dan ditangkapnya sampai dapat.

Namun,Bao Cheng mati akibat dilanggar kereta ketika melintas jalan di hadapan rumah pada suatu hari.Adalah amat menyedihkan ketika proses menanam sisa-sisa bangkai beliau.Namun begitulah ketetapan Allah,setiap yang hidup,pasti akan mati sama ada manusia,kucing ataupun makhluk bernyawa yang lain.Oleh yang demikian,kita perlulah sentiasa bersedia dengan amalan pahala semaksimum yang boleh kerana kita juga pasti akan mati. Wallahua'lam..

3 comments:

  1. comey... tu gambar btol2 k gmbar pinjam..hehe...gemok btol kucing tu ek.. =P

    ReplyDelete
  2. ckp kt kucing lam video tue..nk pinjam mata dia bole??comey...hehe

    ReplyDelete
  3. err..tu kucing encik google punya ja.haha.. =P

    ReplyDelete